Mitologi Mut (dewi)

Mut ialah pasangan kepada Amun, tuhan penaung firaun-firaun semasa zaman Kerajaan Pertengahan (ca. 2055–1650 SM) dan Kerajaan Baru (ca. 1550–1070 SM). Walaupun Amaunet dan Wosret ialah isteri-isteri Amun dalam awal zaman Mesir, Mut yang tidak pernah wujud dalam teks atau unsur kesenian sehinggalah lewat zaman Kerajaan Pertengahan akhirnya menggantikan mereka. Dalam Kerajaan Baru, Amun dan Mut dijadikan tuhan penaung Thebes, sebuah bandar utama di Mesir Hulu, dan disembah bertiga dengan anak mereka, Khonsu. Peranan besarnya yang lain adalah sebagai seekor tuhan singa, mirip dengan dewi Sekhmet di Mesir Hilir tetapi untuk Mesir Hulu.[2]